Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Insiden Kemaluan Kanak-Kanak Tersepit, Pengendali Eskalator Berdepan Tindakan

9 Jun 2016
No Comment

Berikutan kejadian yang menyebabkan kemaluan seorang kanak-kanak berumur tiga tahun tersepit di eskalator Isnin lalu di Bagan Serai, pihak berkuasa dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali ekskalator sebuah pasar raya daerah berkenaan, lapor mStar Online.

Pihak pengendali eskalator itu akan dibawa ke mahkamah kerana didapati kemudahan yang dipasang itu tidak mendapat sijil sah layak menduduki (CF).

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Datuk Ir. Mohtar Musri berkata, pengendali tersebut menjalankan operasi eskalator tetapi tidak menhalakan penyelenggaraan dan memperbaharui CF dimana mereka akan berdepan dengan denda RM100,000 atau penjara dua tahun sekiranya didapati bersalah.

"Kita telah periksa peranti keselamatan yang dipasang pada ekskalator dan CF. Berdasarkan siasatan kita, mereka tidak mengikut peraturan.

"Kita akan menghantar kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara supaya tindakan dapat diambil," katanya.

Menurut beliau, berdasarkan rekod perkhidmatan ekskalator itu telah tamat sejak Mac lalu selepas tamat CF tetapi penyewa baharu meminta pihak pengurusan untuk menyambungkannya semula.

Pada Isnin lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera pada bahagian kemaluan akibat tersepit di eskalator di sebuah pasar raya.

Dalam kejadian pada pukul 8.16 malam itu, mangsa berkenaan dipercayai duduk di atas eskalator berkenaan tanpa sempat bapanya berbuat apa-apa ketika menuju ke tingkat tiga dari tingkat dua.


Bagaimanapun tindakan pantas bapa kanak-kanak berkenaan menekan butang 'stop' eskalator menyebabkan keadaan tidak menjadi lebih teruk.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan kanak-kanak itu.

Kanak-kanak berkenaan yang dirawat di Hospital Taiping dilaporkan stabil. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "