Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hampir 'Dirosakkan' Darah Daging Sendiri Semasa Kecil, Gadis Ini Sampaikan Pesanan Penting Kepada Ibu Bapa

9 Jun 2016
No Comment

Gambar Hiasan

Kanak-kanak adalah golongan yang perlu diberi perhatian setiap masa, tiada istilah berhenti rehat untuk memantau mereka kerana masih ekcil, fikiran masih belum matang, terlalu mudah untuk mereka terdedah dengan pelbagai perkara yang tidak diingini.

Sejak kebelakangan ini pula pelbagai kisah kanak-kanak kita dengar, kes culik, kes kanak-kanak ditimpa kecelakaan dan yang paling menakutkan adalah Pedofilia, iaitu keinginan nafsu seks terhadap kanak-kanak.

Pelbagai kisah kita dengar mengenai pedofilia  di negara kita seperi yang didedahkan baru-baru ini oleh aktivis sosial, Syed Azmi Alhasbshi.

BACA: Aktivis Sosial Dedah Kewujudan Grup Chat Pedofilia Tempatan Dengan Ahli Seramai 751 Orang, Beri Peringatan Kepada Ibu Bapa Supaya Berhati-Hati

Terbaru beliau telah berkongsikan entry mengenai sebuah pengalaman seorang gadis yang telah dimuatnaik di laman Facebooknya di mana kisah kali ini dilakukan oleh darah daging sendiri yang sepatutnya menjadi pelindung.

jom kita baca kisahnya.

Salam encik azmi.. 

Nama saya as on fb. Regarding case yg tgh encik bangkitkan, i would like to share my own experience with you. Im going to write in malay so everyone (terutama org kampung kita) can understand and i wish they "terhantuk and terjaga".

Please hide my indentiti ye.

Masa umur saya 2 tahun bapa saya meninggal jadi mak saya kena kerja. Mak saya tinggalkan saya dengan nenek. Di sinilah mula sejarah hitam bila nenek saya selalu tinggalkan saya main dengan pakcik saya. Saya tak tau umur dia berapa. Dia akan ajak saya main dalam bilik upah keropok. Masa tu umur saya 3 atau 4 tahun. Pakcik saya suruh hisap kemaluan dia, dia cakap akan bagi upah keropok. Saya ambik keropok dan lari sekuat hati keluar rumah pergi rumah kawan.

Bila malam, nenek suruh tidur dengan pakcik, saya tanak, saya nagis lepas tu nenek pukul. Saya tak kisah, saya tidur depan bilik tidur nenek saya, asalkan bukan dengan pakcik. Pakcik selalu suruh duduk atas peha tapi saya tanak. Semua orang cakap saya budak jahat. Dorang kata saya budak degil. Tak menurut cakap. Saya nak mengadupun mesti dorang tak percaya jadi saya diamkan je.
Tapi.. 

Cerita saya tak habis kat situ je.


Gambar Hiasan

Saya cakap dengan mama, saya nak ikut kerja, tanak dah tinggal dengan nenek. Mungkin nama saya kesian, jadi setuju bawa saya sekali.

Masa tinggal dengan mama abang sulung selalu ada kat rumah sebab dia taknak pergi sekolah, dia bergaul dengan budak budak dari indonesia pekerja ladang kat kampung kami, orang2 tu tengok video lucah dia pun tengok.

One day, saya terjaga sebab saya rasa ada orang tarik seluar saya, saya terus bangun lari keluar rumah. So dia gagal hari tu.

Saya bagitau mama, mama tak percaya. Mama cakap saya buat cerita. Mama suruh saya tidur dengan abang sulung lagi. Sebab saya takde kakak kat rumah, kakak saya kat asrama. Saya tanak, saya nagis dan kena pukul lagi.

Bulan demi bulan abang sulung try lagi buat benda yg sama. Saya nagis kuat kuat sampai mama terjaga. Mama pukul lagi. Haih..

Akhirnya saya dah darjah 1 dan sya dapat duduk asrama. Rumah dengan sekolah jauh so sekolah sediakan asrama. Memang sangat gembira jauh dari semua lelaki jahat. Tapi.. kat sekolah saya semua cikgu lelaki. Ada sorang cikgu tu dia memang gatal, nak minta cium la apa la. Pernah sekali dia nak raba pelajar perempuan. Emm.. sory to say la tapi budak kampung memang naif tak reti apa, budak tu biar je. Dia darjah 6 saya baru darjah 1 time tu. Saya geram saya lapor kat warden asrama. Tapi tak taulah ada tindakan ke takde.

Saya pindah sekolah, ikut mama ke kuala lumpur sebab dia kawin baru. Alhamdulillah.. jauh dari dorang semua. Mama saya dah balik semula ke kampung tapi saya taknak ikut, mama saya tak kasi duduk sini tapi saya cakap saya tanak jumpa sesiapa kat kampung. Saya tak bagitau la pasal apa yang mereka buat sebab tau dah mama takan percaya.

Saya ambil keputusan kahwin even baru 18 tahun time tu sebab better kahwin ada orang lindungi saya daripada balik sana jumpa manusia manusia yang bersifat haiwan.

Mereka berani buat jahat sebab ibu bapa bukan percayapun kalau budak2 bagitahu. Dorang akan pukul kata budak jahat dan macam2.

Saya taklah benci mak dan nenek saya tapi sebab mereka tidak peka benda benda macam ni boleh jadi kat saya.

Patutnya adik beradik lelaki dan perempuan pisahkan bilik dan awasi pergualan mereka. Begitu juga dengan pakcik semua tu. Tolonglah jangan percaya dorang jaga anak kita.

Berpuluh tahun saya simpan rahsia ni sebab taknak malu, tapi benda ni makin serius dan ada yang tak percaya benda ni jadi. Mereka ingat rogol semua ni cuma orang luar je boleh buat. Mereka terlalu percayakan ahli keluarga sendiri sampai lupa nak lindungi kanak-kanak.


Gambar Hiasan

Alhamdulillah.. Allah lindungi saya. Saya tak jadi mangsa rogol sebab saya jenis degil, kalau orang buat saya nagis je, takpun saya jerit atau gigit lepas tu lari.

Apa jadi kalau saya bukan jenis yang degil? Bukan jenis suka melawan?

Saya nak share detail cerita tapi pahit sgt nak kenang. Bila teringat rasa meluap luap benci kat mereka.

Terima kasih encik azmi. Keep the good work encik. Semoga Allah menerima segala kebaikan yang encik buat :).

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "