Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Senator Dedah Barangan Kecantikan Mengandungi Dadah

3 Mei 2016
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR, 3 Mei - Seorang anggota Dewan hari ini membuat pendedahan bahawa barangan kecantikan dan kosmetik yang mengandungi dadah mudah didapati di pasaran mahupun secara online.

Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata, antara produk kecantikan yang mempunyai kanabis adalah gincu dan pelembab bibir.

"Kita boleh tengok sekarang terdapat lipstik yang ada (mengandungi) ganja di jual di lapangan terbang. Boleh pergi periksa, bukan saja lipstik, ada juga lip balm, losyen dan minyak yang mengandungi dadah jenis kanabis.

"Kita tidak tahu, kita tidak baca...beli dan ambil sahaja," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) (Pindaan) 2015 sebagaimana lapor Bernama.

Selain itu, beliau juga berkata terdapat laporan mengenai pengedaran gula-gula percuma yang mengandungi dadah di sebuah sekolah di ibu negara yang boleh menyebabkan ketagihan.

Sehubungan itu, beliau berharap agar langkah-langkap penguatkuasaan terhadap dadah di negara ini dapat diperketat.

Senada dengan Mohd Suhaimi, Senator Abdul Shukor Mohd Sultan mengakui bekalan dadah kini mudah diperoleh termasuk melalui laman web.

"Saya tertarik dengan seorang anggota Dewan Rakyat sebelum ini yang mengumpamakan dadah sebagai 'pisang goreng panas' yang mudah diperoleh dengan harga murah. Di kawasan saya pun senang dapat," kata senator dari Perlis itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "