Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Ajaib Ditemui Selamat Selepas 80 Jam Dibawah Runtuhan Apartmen

3 Mei 2016


Nairobi, Kenya - Seorang bayi perempuan telah berjaya diselamatkan selepas 80 jam terperangkan di dalam runtuhan sebuah apartmen yang runtuh di bandar Kenya.

Kejadian itu disifatkan oleh penyelamat sebagai sesuatu yang ajaib ditambah lagi bayi tersebut ditemui tanpa sebarang calar.

Bayi tersebut, diselamatkan hidup-hidup pada Selasa, jam 4 pagi waktu tempata, lapor persatuan palang merah.

Bayi itu dikenalpasti sebagai Daeleryn Saisi Wasike, 6 bulan, yang kemudian disatukan semula dengan ayahnya.



Laporan CNN menyatakan, bayi tersebut ditemui oleh pasukan penyelamat tentera yang menggunakan alat khas untuk mengesan pernafasan di bawah runtuhan.

Tentera, yang berjaya mengesan terdapat pernafasan di bawah runtuhan berjaya menemui bayi itu, dalam keadaan berbalut kain biru di dalam sebuah bekas.

Kejadian runtuhan tersebut telah membunuh sekurang-kurangnya 23 maut dan ramai yang cedera. Sehingga kini, ramai lagi dipercayai terperangkap di bawah runtuhan itu biarpun operasi menyelamat sudah memasuki hari keempat.

Pemilik bangunan tersebut kini telah dituduh atas kesalahan membunuh kerana masih lagi menyewakan bangunan yang diarah untuk dirobohkan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "