Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rompakan Bank Pertama Berlaku Dalam Sejarah Korea Utara

2 Mei 2016
No Comment

PYONGYANG: Pada 4 April lalu telah berlaku kejadian sejumlah wang tunai telah dirompak di cawangan Bank Pusat Korea Utara di mana ianya dilaporkan sebagai rompakan bank pertama dalam sejarah negara itu, lapor Korea Times.

Pada tarikh berkenaan, sekumpulan penyerang bersenjatan telah memcah masuk ke cawangan bank berkenaan di Wilayah Hamgyong Utara, bandar raya Cheongjin di mana menyebabkan bank mengalami kerugian yang besar.

Bank tersebut kini ditutup di mana siasatan lanjut sedang dijalankan dan segala aktiviti keselamatan telah dipertingkatkan dengan menambah bilangan pekerja ekoran kejadian rompakan pertama berkenaan.

"Rompakan itu mustahil dilakukan tanpa bantuan orang dalam," kata jurucakap polis dipetik Korea Times.

Ia juga mendorong perhatian kepada fakta bank seluruh Korea Utara menyimpan wang lebih banyak berbanding biasa menjelang kongres Parti Pekerja yang dijangka bermula 6 Mei ini. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "