Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perintah Gaji Minimum 2016 Berkuat Kuasa 1 Julai Ini

2 Mei 2016

PUTRAJAYA: Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan mula dikuat kuasa pada 1 Julai ini kepada semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, PGM 2016 mengekalkan pemakaiannya kepada semua pekerja di sektor swasta kecuali perkhidmatan domesik yang terkandung dalam PGM 2012.

PGM 2016 menetapkan gaji minimum bulanan adalah RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau RM 4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak serta Labuan.

Menurutnya lagi, bagi gaji yang dikira mengikut hari pula, ia tertakluk kepada jumlah jam bekerja maksimum seminggu iaitu 48 jam.

"Untuk Semenanjung Malaysia, bagi enam hari bekerja dalam seminggu, kadar gaji minimum harian adalah RM38.46, lima hari/seminggu, RM46.15 dan empat hari/seminggu, RM57.69.

"Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula, untuk enam hari bekerja dalam seminggu, gaji minimum harian adalah RM35.38, lima hari/seminggu, RM42.46 dan empat hari/seminggu, RM53.08," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Richard juga berkata, mengikut PGM 2016, gaji pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar berdasarkan upah mengikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang dibayar kepada mereka perlu tidak kurang dari RM1,000 di semenanjung atau RM920 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Beliau berkata, dalam menetapkan kadar gaji minimum baharu, kerajaan meneliti semua syor dikemukakan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan mengambil pendekatan seimbang dan mempertimbangkan kepentingan kedua-dua pihak iaitu majikan serta pekerja.

"Pewartaan PGM 2016 membuktikan komitmen kerajaan melindungi kepentingan pekerja, selain tidak mengabaikan kepentingan majikan," katanya sebagai mana lapor BH Online. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "