Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Wanita Pakai Niqab Dihina Sebagai "Batman" di UK

5 Apr 2016


LONDON: Seorang wanita beragama Islam di Britain yang berusia 25 tahun dihina dengan panggila 'Batman' oleh seorang lelaki hanya kerana memakai jubah dan melindungi wajahnya dengan tudung.

Ahlam Saed dipersendakan oleh lelaki berkenaan dihadapan dua anaknya ketika membeli belah di kedai runcit.

"Saya cuma mahu membeli sebungkus gula-gula Starburst. Saya memasuki kedai itu dan beliau memanggil saya 'Batman' dan mula menyanyikan lagu tema filem itu. 

"Saya tidak boleh membiarkan beliau begitu saja, sebab itu saya merakamkan kejadian itu dengan telefon bimbit. Saya perlu tegas, saya tidak mahu beliau rasa boleh terus menghina saya," Kata Saed sebagaimana lapor BH Online.

Menerusi video yang viral itu, lelaki berkenaan dilihat berulang kali bertanya kepada Saed :

"Mengapa berpakaian sebegitu?" Anak saya tidak dapat melihat wajah kamu, siapa kamu?

"Ini negara kristian. Kristian, dunia barat.", kata lelaki tersebut.

Dihina oleh lelaki itu sebagai "Batman", Saed menggelar lelaki berkenaan sebagai "jahil".

Saed yang berpindah ke London ketika berusia dua tahun, mula melindungi mukanya empa tahun lalu dan satu-satunya dalam keluarga yang berbuat demikian. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "