Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesakit Mental Larikan Bas Sekolah, Berkejaran Dengan Polis Sejauh 9 KM

5 Apr 2016

BAHAU, 5 Apr - Tiga pasukan peronda Polis terpaksa mengejar sebuah bas sekolah yang dilarikan olehs eorang remaja yang dipercayai mengalami masalah mental sejauh 9 KM dari Bandar Seri Jempol sehingga ke bahu Jalan utama Taman Satelite pada awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor, pada awalnya remaja berkenaan ditahan bersama bas itu susulan terbabit dalam satu kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan berdekatan simpang di Felda Raja Alias Empat kira-kira jam 10.30 malam semalam.

"Dia bersama kenderaannya dibawa ke IPD Jempol untuk siasatan lanjut dan mendapati cukai jalan, pelindung insurans tamat tempoh selain tidak mempunyai lesen memandu.

"Kemudian kira-kira jam 1 pagi tadi pemilik bas yang merupakan bapa remaja itu datang ke balai polis Bandar Seri Jempol untuk mengambil anaknya dan bas tersebut.

"Bapa remaja itu bagaimana pun mendakwa bas tersebut dipandu anaknya tanpa kebenarannya pada hari kejadian selain mengakui anaknya itu mempunyai masalah mental.

"Setibanya di bas, anaknya itu tiba-tiba meluru masuk dalam bas lalu melarikan kenderaan itu menghala ke pekan Bahau,"katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Tambah Noorzainy, setibanya di lampu isyarat berdekatan Pasaraya Tesco, bas terbabit berjaya dihentikan selepas dua buah kenderaan peronda polis menghalang laluannya.

"Bagaimana pun remaja itu enggan turun dari bas dan sekali lagi memecut kenderaannya lalu melanggar kenderaan polis yang ada di hadapannya.

"Namun bas tersebut akhirnya berjaya dikepung dekat bahu jalan Taman Satelite 2, Bahau. Tetapi remaja itu tetap enggan keluar daripada bas itu dengan mengunci pintu dari dalam walaupun telah dipujuk oleh ahli keluarganya," katanya.

Noorzainy berkata, keengganan remaja ini memberi kerjasama menyebabkan berlakunya pergelutan antara ahli keluarganya namun berjaya dileraikan oleh pihak polis.

"Remaja berkenaan telah ditahan dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban diiringi keluarganya untuk rawatan dan pengesahan sakit mental.

"Kes ini masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "