Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Insiden Lelaki Serang Kuil : Tiada Kaitan Dengan Militan - Polis

25 Apr 2016
The Star melaporkan lelaki berkenaan terbabit kemalangan sebelum di tahan polis.

IPOH, 25 Apr: Beberapa patung di sebuah kuil di Jalan Ashby sini mengalami kerosakan setelah disearng oleh individu yang tidak dikenali semalam.

Pembantu di kuil tersebut, A. Iswaran, 26, berkata di dalam laporan polis bahawa lelaki terbabit datang dengan kereta dan merosakkan patung di dalam kuil terbabit dalam kejadian kira-kira  5 petang itu.

Kerosakan dianggarkan berjumlah RM15,000, lapor The Sun.

Harian Metro pula melaporkan, lelaki berkenaan yang dipercayai sakit mental telah ditahan polis selepas merosakkan sembilan patung di kuil berkenaan.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seir Abdul Rahim Hanafi, suspek, 29, adalah bekas pelajar universiti di luar negara dan pernah mendapat rawatan psikiatri kerana tekanan perasaan.

"Suspek tidak ada kena mengena dengan mana-mana kumpulan militan seperti yang digembar-gemburkan oleh orang ramai.

"Keputusan tempoh reman suspek akan dikeluarkan pada hari ini dan kita menasihatkan orang ramai supaya tidak memutar belit kenyataan polis,"katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Beliau berkata, suspek diberkas kira-kira 30 minit selepas waktu kejadian di Jalan Ghazali Jawi.

Dalam kejadian jam 5.10 petang semalam, suspek menaiki kereta memasuki kuil lalu merosakkan patung dewa dalam kuil berkenaan dipercayai menggunakan parang.

The Star melaporkan, selepas membuat kerosakan itu, lelaki terbabit kemudian memandu pergi dari kuil berkenaan namun mengalami kemalangan di Fair Park sebelum ditahan polis. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "