Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Tidak Mempunyai Duit Untuk Beli AC Milan" - TMJ

24 Apr 2016

Johor Bharu, 24 Apr -  Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim(TMJ) hari ini menafikan laporan berita yang menyatakan beliau berniat untuk membeli pasukan Itali, AC Milan.

BACA : TMJ Intai Peluang Beli AC Milan.

TMJ memberi penjelasan mengenai perkara itu menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers menerusi satu posting bertajuk "SAYA TIDAK MEMPUNYAI DUIT UNTUK MEMBELI AC MILAN".

"Baru-baru ini saya telah ditemuramah oleh The Straits Times, media dari Singapura mengenai pencapaian saya bersama JDT dan matlamat lain dalam hidup secara umum. 

"Saya juga ditanya jika saya mempunyai minat untuk membeli sebuah kelab luar negara. 

"Sememangnya saya memang ada keinginan tersebut. Jika saya perlu memilih sebuah kelab, ianya adalah AC Milan. Itulah salah satu impian saya. Tetapi itu tidak bermakna saya akan membelinya. ", kata beliau.

TMJ menegaskan dia tidak akan membeli AC Milan kerana beliau tidak kaya seperti ahli perniagaan Malaysia yang lain.

"Ia cuma sebuah kelab yang saya minati dari zaman kanak-kanak. Itu sahaja. Jadi, untuk menjawab sebarang spekulasi, jawapannya adalah tidak. 

"Saya tidak akan membeli AC Milan. Saya tidak mempunyai duit untuk membeli AC Milan. Saya tidak kaya seperti ahli perniagaan Malaysia yang lain. 

"Saya hanya seorang pemuda dengan impian dan cita-cita yang besar, itu sahaja. Kelab JDT saya pun tidak dapat mengalahkan Kedah dan pasukan Malaysia yang lain. Apatah lagi membeli AC Milan dan terpaksa bertembung dengan Juventus dan kelab-kelab gergasi Itali yang lain. Takut saya. Kelab saya hanya JDT. Sebuah kelab kecil dengan cita-cita yang besar.", jelasnya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "