Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Jual Pisang RM 39 Sebiji, Dijangka Kaut Untung Hampir RM400,000 Setahun

25 Apr 2016
No Comment

TEXAS 24 April – Idea 'genius' seorang lelaki menghias pisang dengan pelbagai corak meyerupai wajah manusia mendatangkan pendapatan lumanyan apabila dia menjual pisang-pisang itu dengan harga $10(RM39) sebiji.

Laporan dari Metro.uk melaporkan, Davonte Wilson dari Plano, Texas menubuhkan syarikat Bananas Gone Wild yang dijangka mampu meraih pendapatan lebih $100,000 (RM390,580) setahun.

Antara hiasan yang diletakkan pada pisang itu termasuk janggut palsu, cermin mata gelap dan serbuk berkilauan.

Wilson berkata dia mendapat idea itu ketika bekerja di sebuah hospital tempatan sebagai seorang juruteknik elektrokardiograf dan terkenal dalam kakitangan kerana kemahirannya melukis corak muka di bahagian kulit pisang.

Ada rakan yang mentertawakan hobi saya, tetapi kini saya mahu menjana pendapatan daripada penjualan pisang berhias.

“Sebiji pisang akan dijual dengan harga AS$10 (RM39) dan saya mampu mengaut keuntungan lebih RM390,580 setahun,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online. - Siakapkeli.my




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "