Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Malaysia Kesal Dengan Kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

13 Mac 2016


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia kesal dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zeid Ra'ad Al Hussein yang mendakwa ruang demokrasi Malaysia mengalami pembatasan.

Wisma Putra menerusi satu kenyataan berkata dakwaan yang memetik pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu contoh pembatasan demokrasi di negara ini adalah berdasarkan hujah yang tidak berasas dan maklumat berat sebelah.

Oleh itu, Malaysia mahu PBB yang berpegang pada prinsip sejagat, adil, objektif dan tidak berpilih itu berlaku adil dalam penilaian terhadap semua negara anggota.

"Usaha kerajaan Malaysia memastikan rakyat menikmati nilai hak asasi manusia dibuktikan melalui komitmen kerajaan menegakkan kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia.

"Pada masa yang sama, kerajaan juga bertanggungjawab mengekalkan keamanan, kestabilan dan keharmonian negara, iaitu antara prasyarat bagi menikmati hak asasi manusia secara menyeluruh.

"Dalam kes Anwar, kerajaan sudah memberikan maklum balas kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari (WGAD) PBB dengan memberikan fakta berasaskan undang-undang yang menjelaskan beliau bukan tahanan politik dan ditahan selepas melalui proses perbicaraan yang adil dan panjang," katanya sebagaimana lapor BH Online.

PBB dalam laporan tahun yang dibentangkan pada Tetap Majlis Hak Asasi Manusia Ke-31 di Geneva, Switzerland pada 10 Mac lalu, Zeid Ra'ad mendakwa ruang demokrasi di Malaysia semakin mengecil, serta menyifatkan pemenjaraan Anwar sebagai "lambang kelesuan demokrasi".


Wisma Putra berkata, Wakil Tetap Malaysia ke PBB menggunakan Hak Memberi Maklum Balas pada 11 Mac bagi menjawab dakwaan berhubung keadaan hak asasi manusia di negara ini.

Di dalam maklum balas itu, Malaysia antara lain menjelaskan berhubung perbicaraan Anwar yang diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara iaitu Mahkamah Persekutuan selepas melalui perbicaraan selamatujuh tahun. Maklum balas itu turut menafikan dakwaan perundangan yang meminggirkan hak asasi manusia dan menjelaskan, setiap undang-undang diwujudkan melalui proses demokrasi di Parlimen. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "