Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Murid Potong Lidah : Tiada Buli, Kes Dianggap Selesai - Polis

31 Mac 2016


Shah Alam, 31 Mac: Tiada kejadian buli yang berlaku ke atas seorang murid di sebuah sekolah di Klang yang mendakwa dia dipaksa menggunting lidahnya sendiri pada minggu lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, sebaliknya, murid itu cedera pada lidah ketika dia bermain gunting milik rakan sekelasnya.

Kata beliau lagi, tiada sebarang bukti yang diperoleh sepanjang siasatan yang dijalankan sejak 25 Mac lalu bagi mengukuhkan dakwaan murid terbabit yang mendakwa dia dipaksa sekumpulan pelajar menggunting lidahnya.

"Berdasarkan laporan yang dibuat guru sekolah itu turut mendapati, tiada sebarang keterangan sokongan yang boleh membabitkan pelajar lain dalam kes berkenaan.

"Kes dianggap selesai kerana murid itu bukan dibuli dan kecederaan yang dialami adalah kerana kecuaian diri sendiri," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Abdul Samah berkata, tiada tindakan diambil selepas Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan laporan hasil siasatan.

Khamis lalu, seorang murid tahun dua mendakwa dia dipaksa menggunting hujung lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima pelajar senior. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "