Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Yang Terbabit Dalam Skandal Dilepas, Yang Menegur Kena Gantung," - Muhyiddin

27 Feb 2016
No Comment

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatan semalam telah mempersoalkan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menggugurkannya daripada jawatan kedua tertinggi parti itu.

Menurut beliau, sepanjang memegang tanggungjawab itu,  beliau sedikit pun tidak pernah terpalit dengan masalah atau skandal sebaliknya masalah dalam parti itu dibawa oleh 'orang lain' tetapi akhir-akhir sekali beliau yang 'kena'.

"Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi (Datuk Seri) Najib (Tun Razak). Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib.

"Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib.

"Yang menjadi punca segala masalah Umno hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya," katanya dalam Facebook rasminya hari ini.

Oleh sedemikian, katanya Majlis Tertinggi hanya mementingkan soal tektikal untuk mengambil tindakan terhadap dirinya daripada meneliti kandungan ucapan-ucapan beliau yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan Umno dan negara.

"Malah MT juga tidak mengikut prosedur tatatertib. Saya tidak diberikan surat tunjuk sebab dan tempoh masa untuk membela diri. Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk membolehkan lembaga membuat perakuan kepada MT. Ahli biasa pun diberikan peluang untuk membela diri sedangkan saya terus dihukum. Nampaknya MT tidak sabar-sabar untuk menggantung saya," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "