Lori Terbalik, Orang Ramai 'Berpesta' Kutip Ikan
Kuala Krai, 28 Feb: Seorang kelindan lori para selepas kenderaannya yang membawa muatan ikan itu terbalik di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berdekatan Sungai Durian di sini dalam kejadian pada jam 8 pagi semalam.
Aznizul Ikhwan, 25, tersepit di tempat duduk penumpang manakala pemandu lori, Amrajani Mat Jusoh, 23, selamat.
Aznizul telah dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan.
Orang ramai yang berada berdekatan dengan lokasi turut dilihat mengutip ikan berkenaan selepas mendapat keizinan Amrajani.
Kejadian itu menyebabkan hampir 2.5 tan ikan yang dianggarkan bernilai RM9,000 bertaburan di atas jalan dan longkang berhampiran.
Menurut Amrajani, ikan itu diambil dari Thailand untuk dijual di pasar borong Guchil di sini. - Siakapkeli.my