LANGKAWI: Kira-kira 200 penumpang yang kebanyakkannya pelancong dalam negara terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) apabila syarikat penerbangan tambang murah Rayani Air dilaporkan telah membatalkan dua penerbangan Langkawi-Kuala Lumpur akibat masalah teknikal hari ini.
Memetik laporan Bernama Radio24,ketika ini tidak dapat dipastikan lagi kenapa syarikat penerbangan itu membatalkan dua penerbangan berkenaan.
Dari pemerhatian kami di laman twitter, ketika ini kebanyakkan penumpang kelihatan tidak berpuas hati walaupun ada mendakwa telah dipulangkan semula duit tiket kerana menurut mereka pembatalan saat akhir berkenaan menyebabkan mereka terpaksa membeli tiket syarikat penerbangan lain yang ternyata mahal berkali ganda jika dibeli sekarang.
Even dpt refund pon, nk beli tiket lain on the spot sah² lah berganda mahalnyaa #RayaniAir— Nursyuhada (@syu_D) February 9, 2016
What's wrong with rayani air..suka ht cancelled 😡— Nabila Ramli (@nabilaa_ramli) February 9, 2016
Rayani air feeling the heat. Major cancellation after one aircraft AOG. Even their FB page is now cannot be accessed— Azuan Ahmad Zahdi (@azuan1880) February 9, 2016
Syarikat penerbangan patuh Syariah itu telah diperkenalkan pada tahun lepas, dan melakukan penerbangan pertama dari klia2 ke Langkawi pada pertengahan Disember. - Siakapkeli.myBerikutan flight Rayani Air banyak cancel, pihak Rayani Air mengambil tindakan tidak matang dengan menutup akaun rasmi mereka!— NNS (@Nasrulz92) February 9, 2016