Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video&Gambar) Lebih 300 Penumpang Cemas, Kepala Kereta Api Terbakar Di KTM Sungai Gadut

9 Feb 2016
No Comment

SEREMBAN: Kira-kira 310 orang penumpang kereta api Ekspres Rakyat berdepan detik cemas selepas kepala kereta api yang dinaiki mereka terbakar kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Memetik laporan berita TV3, Ketua Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ridhwan Arshad, berkata kebakaran kepala kereta api berkenaan adalah berpunca daripada kerosakan enjin.

Beliau juga mengesahkan semua penumpang tidak mengalami kecederaan dimana hanya seorang pemandu kereta api yang mengalami kecederaan melecur di tapak tangan kerana kebakaran hanya membabitkan bahagian kepala gerabak .





Kereta api yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Butterworth itu berhenti di atas landasan sebelum api marak di bahagian gerabak menempatkan enjin, namun bomba berjaya memadamkan kebabakaran.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Norazam Khamis, berkata semua penumpang dibenarkan turun dan berjalan ke Stesen Komuter Sungai Gadut yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian. - Siakapkeli.my



Posted by Juzailee Md Ali on Monday, February 8, 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "