Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

TMJ Luah Rasa Rindunya Kepada Adinda Kesayangan, Almarhum Tunku Jalil

9 Feb 2016
No Comment

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini melalui laman Facebook JOHOR Southern Tigers telah melahirkan rasa rindunya kepada adindanya, Yang Amat Mulia Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail yang telah mangkat pada Disember tahun lalu.

Tungku Ismail yang lebih dikenali dengan panggila TMJ berkata begitu sukar bagi baginda untuk menerima hakikat bahawa Allahyarham sudah tiada, namun amat memahami mengapa Allah mahu arwah berada di sisi-Nya, yang disifatkannya sebagai 'malaikat' di bumi.

Berikut adalah nukilan penuh baginda.

SAYA RINDU KAMU, SAYA SAYANG KAMU

Di sebalik kebahagiaan, di sebalik kemegahan, di sebalik pertaruhan, terdapat kesedihan yang kami perlu lalui setiap hari tanpa anda ada bersama kami. 

Saya akui ianya amat sukar bagi saya menerima hakikat bahawa anda telah tiada. Tetapi saya amat memahami mengapa ALLAH S.W.T mahu anda berada disisi-Nya. 

Ianya kerana anda seumpama 'Malaikat' di bumi ini. Terima kasih untuk panduan yang anda berikan, terima kasih kerana menjadi kekuatan saya, terima kasih kerana menunjukkan kepada saya bahawa sebuah Lamborghini atau duit tidak bermakna apa-apa. 

Terima kasih kerana menunjukkan saya bahawa dalam kehidupan, ALLAH dan Kasih Sayang adalah segala-galanya. Saya Sayangkan anda. Saya rindukan anda.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, 
Crown Prince of Johor

Tunku Abdul Jalil telah mangkat di Hospital Sultanah Aminah (HSA)selepas telah bertarung dengan penyakit kanser hatinya yang berada pada tahap empat sejak Ogos 2014.

Ketika kemangkatan almarhum, seluruh kaum kerabat Diraja Johor berada di sisinya sebelum Almarhum menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah ketika berusia 25 tahun.

Pengumuman berkenaan kemangkatan almarhum telah dibuat oleh Pengerusi Majlis Jumaah DiRaja, Datuk Abdul Rahim Ramli. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "