Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nelayan Meninggal Dunia Selepas Cuba Selamat Anak Kapal Pesawat TUDM

26 Feb 2016
Nelayan cuba menyeberangi untuk menyelamatkan mangsa.

Selangor, 26 Feb - Seorang nelayan meninggal dunia selepas lemas ketika cuba menyelamatkan anak  kapaldi  dalam pesawat TUDM CN235 yang mendarat cemas di persisir pantai Kuala Selangor pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Hasan, 57, dipercayai lemas selepas cuba berenang untuk menyelamatkan mangsa.

Sumber BH Online berkata, mangsa antara nelayan terawal yang melihat kejadian.

"Mangsa mencari kerang di pesisir laut ni. Ketika cuba menyelamatkan mangsa(anak kapal) , dia terjerlus di kawasan lumpur.

"Dia hanya ditemui selepas air surut oleh pasukan penyelamat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritenden Ruslan Abdullah, mengesahkan perkara itu.

"Dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya.

Dalam  kejadian pagi tadi,  pesawat  TUDM yang  membawa lapan orang penumpang itu mendarat cemas kira-kira pukul 8.40 pagi.

Kesemua lapan anak kapal selamat. Juruterbang pesawat tersebut dilaporkan patah tangan berikutan kejadian. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "