Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dr Vida Mahu Taja Siaran Piala FA, Piala Malaysia

26 Feb 2016

KOTA BHARU - Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dr. Vida bercadang untuk menaja Piala FA dan Piala Malaysia untuk mendapatkan hak siaran di TV3 sepanjang musim ini.

Untuk itu, Dr. Vida dilaporkan bakal melabur jutaan ringgit bagi mendapatkan hak penyiaran di stesen televisyen Media Prima Berhad, TV3 bagi setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors sepanjang Liga Super musim ini.

Inisiatif itu dilakukan supaya peminat bola sepak terutamanya yang berada di luar Kelantan tidak terlepas mana-mana perlawanan yang melibatkan pasukan PQPTRW.

Menurut beliau, itu sebahagian dari pembangunan sukan bola sepak negeri Kelantan untuk trus bersaing.

"Perjanjian ini sudah di peringkat akhir dan ada beberapa perkara lagi masih dibincangkan. Perkara ini akan direalisasikan sebaik saja saya pulang dari China Sabtu ini untuk menandatangani perjanjian berkenaan dengan MPB.

"Saya sudah melakukan perancangan ini sekian lama dan ia adalah sebahagian daripada perbelanjaan lebih RM20 juta kepada pasukan Kelantan. Saya mahu semua peminat bola sepak dapat menyaksikan sendiri perlawanan bola sepak membabitkan PQPTRW dalam semua perlawanan Liga Super musim ini.

"Apa yang saya lakukan semua itu bukan sekadar gimik atau iklan, sebaliknya untuk memajukan sukan bola sepak Kelantan sehingga peringkat antarabangsa. Ini kerana ramai penyokong Kelantan melahirkan kekecewaan setiap kali perlawanan membabitkan PQPTRW tiada siaran langsung di kaca televisyen," katanya sebagaimana lapor BH Online. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "