Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Rantai Isteri Kerana Terlalu Asyik Dengan WhatsApp

27 Feb 2016
No Comment

KANGAR:Seorang lelaki yang merupakan seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dakwaan merantai leher isterinya kerana dikatakan interinya itu terlalu leka menggunakan aplikasi WhatsApp, lapor Sinar Harian.

Mohd Hamdan Ahmad, 32, bagaimanapun dalm pertuhan itu mengaku tidak bersalah dalam kes yang didengar di hadapan Majistret Mohd Izni Ibrahim.

Menurut bacaan kes, tertuduh melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Tok Kuning, di sini, pada 19 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd Hamdan merantai leher isteinya, Junifawin Dasari dengan rantai besi pada kira-kira jam 10 pagi kerana didakwa leka bermain aplikasi WhatsApp sehingga mengabaikan kerja rumah.

Selepas kejadian, isterinya itu telah melarikan diri ke balai polis dengan rantai masih dileher untuk membuat laporan.

Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga empat tahun lalu dan dikurniakan dua orang anak.

Isterinya, bagaimanapun, lari ke balai polis dengan rantai besi di leher dan membuat laporan.

Mohd Hamdan didakwa mengikut seksyen 342 kanun keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara hingga setahun. Mohd Izni menetapkan jaminan RM5,500 dengan seorang penjamin.

Kes itu ditangguhkan untuk memberi masa kepada Mohd Hamdan melantik peguam bela. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "