Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Muda Dirogol Hanya Selepas Beberapa Jam Bersalin

27 Feb 2016
No Comment

HARYANA, INDIA: Seorang ibu muda berusia 23 tahun menghadapi detik hitam apabila dia telah diserang dan dirogol hanya selepas beberapa jam melahirkan anak di sebuah hospital.

Memetik laporan portal Metro.co.uk, wanita tersebut sedang berehat di katil wadnya ketika didatangai suspek sebelum diserang dan dirogol apabila keadaan sekitar agak lengang.

Kerana masih terlalu lemah melahirkan anak melalui kaedah pembedahan, mangsa tidak terdaya untuk melawan.

Bagaimanapun perbuatan penjenayah tersebut berjaya dirakam oleh kemera litar tertutup (CCTV).

Selepas kejadian, suspek dikatakan melarikan diri ke hospital lain berdekatan untuk mencari mangsa seterusnya dengan menyamar sebagai doktor berbaju putih untuk melepasi kawalan keselamatan.

Suspek dikatakan telah menyerang seorang wanita lain namun percubaan kali keduanya itu gagal selepas mangsa berjaya melepaskan diri dan menekan butang penggera kecemasan membuatkan suspek melarikan diri.

Pihak berkuasa akhirnya mengeluarkan amaran terhadap kesemua hospital di daerah tersebut dan turut menyebarkan foto suspek yang diperoleh menerusi rakaman CCTV. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "