Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Warga Indonesia Ditahan Selepas 'Dakwa" Ada Bom Dalam Bagasi

12 Jan 2016


GEORGE TOWN, 12 Jan: Seorang warga Indonesia ditahan pihak polis selepas dia mendakwa terdapat bom dalam bagasinya ketika melalui kaunter pemeriksaan Terminal Pelepasan Domestik Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fah Hin, wanita tersebut yang ingin menaiki penerbangan Lion Air ke Kuala Lumpur pada 9.45 pagi itu ditahan oleh anggota polis bantuan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Imbasan awal dibuat ke atas bagasi yang dibawa tidak menunjukkan kehadiran objek bom...wanita itu kemudiannya mengatakan hanya bergurau," katanya di sini.

Pemeriksaan yang dijalankan terhadap wanita yang masih bujang itu juga mendapati dia negatif dadah dan tidak membawa barangan menyalahi undang-undang.

Wanita berkenaan akan didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau esok.

Lai juga turut mengingatkan orang awam khususnya mereka yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara supaya tidak mengeluarkan perkataan atau tanda yang menjurus kepada ugutan atau ancaman yang boleh membahayakan keselamatan penumpang dan pesawat.

Lai menambah, pada tahun lepas terdapat empat kes yang melibatkan penumpang mengeluarkan ugutan terdapat bom di dalam bagasi ketika daftar masuk bagasi di LTAPP.

"Tindakan itu ekoran rasa tidak puas hati penumpang kerana caj dikenakan terhadap bagasi yang melebihi had," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Lai juga berkata tindakan sedemikian boleh menyebabkan pelaku didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "