Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Kurang Siuman Ditahan Bersama Parang & Pisau Ketika Memasuki Istana Kehakiman

12 Jan 2016
No Comment


PUTRAJAYA, 12 Jan - Seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman ditahan oleh polis kerana didapati membawa sebilah parang pemotong daging dan pisau di dalam satu beg ketika memasuki Istana Kehakiman di Presint 3 di sini hari ini.

Lelaki berusia 27 tahun it memakai kemeja-T berwarna merah dan berkain pelikat di dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 pagi itu.

Laporan dari Bernama menyebut, lelaki berkenaan dikatakan mahu memasuki Istana Kehakiman berjumpa hakim bagi mengadu masalah peribadi.

Menurut Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan, penggangur berkenaan ditahan ketika diperiksa polis di pintu utama Istana Kehakiman.

"Lelaki tersebut dibawa ke balai polis dan dimaklumkan keluarganya bahawa ada rekod rawatan mental di hospital," katanya.

Kes tersebut dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian meminta merujuk hospital untuk tindakan lanjut.

Lelaki berkenaan dipercayai menaiki bas dari Bukit Ramai, Melaka pagi tadi untuk ke Istana Kehakiman.

Bernama turut melaporkan lelaki yang sama cuba memasuki Istana Kehakiman pada Disember lepas namun dihalang polis bantuan disana.




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "