Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PM Telah Kembalikan Semula Sebahagian Dari RM2.6 Billion Pada Ogos 2013 - Peguam Negara

26 Jan 2016

26 Jan - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengembalikan semula sebahagian dari wang RM2.6 billion yang diterima olehnya dari keluarga diraja Arab Saudi.

Menurut Apandi, sejumlah wang RM2.03 billion (AS$620) telah dikembalikan semula pada Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hari bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung dana RM2.08 bilion tersebut," katanya sebagaimana lapor Malaysiakini.

Apandi berkata sedemikian di sidang media pada hari ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "