Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengerusi Tabung Haji Nafi Rizab TH Negatif

26 Jan 2016


26 JAN: Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azez Abdul Rahim hari ini menafikan laporan bahawa rizab dana jemaah Islam agensi tersebut berada dalam paras negatif.

"Tidak. Ia tidak benar", kata Azeez sebagaimana lapor BNBCC.

Azeez berkata sedemikian di luar persidangan Dewan Rakyat dan berkata Tabung Haji akan mengadakan sidang akhbar mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, Azeez enggan mengulas lanjut mengenai perkara terbabit.

Sebelum ini, tersebar satu dakwaan yang memaparkan satu surat dari Bank Negara Malaysia yang memberi amaran kepada Tabung Haji bahawa rizab mereka berada pada paras negatif. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "