Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kaji Selidik Kononnya Rakyat Kedah Sokong Bashah, UNISEL Nafi Ada Buat Kajian

23 Jan 2016
No Comment

PETALING JAYA: Pihak Universiti Selangor (UNISEL) semalam tampil menafikan yang pihaknya ada mengeluarkan satu keputusan kaji selidik siapakah di antara Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifa lebih popular untuk menjadi Menteri Besar.

Memetik laporan FMT, Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, sebarang usaha mengunapakai nama universiti itu dikhuatiri mempunyai agenda tertentu.

Beliau dihubungi oleh FMT untuk mengesahkan mengenai satu kaji selidik yang telah dimuatnaik oleh beberapa page Facebook dan menjadi viral di mana ianya mendakwa kononnya Ahmad Bashah menjadi pilihan utama sebagai Menteri Besar Kedah berbanding Mukhriz.


Laporan tersebut mendakwa pihak UNISEL telah menjalankan kaji selidik kononnya melibatkan 5,000 responden di Kedah di mana 76 peratus memilih Ahmad Bashah berbanding hanya 24 peratus memilih Mukhriz.

Seramai 14 Bahagian UMNO di Kedah diketuai Ahmad Bashah menolak kepimpinan Mukhriz dan meminta Datuk Seri Najib Tun Razak menukar menggugurkan anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "