Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dr. Vida Sedia Kemudahan Kolam Ais Untuk Pasukan PQPTRW

22 Jan 2016

KOTA BHARU, 22 Jan: Pasukan bola sepak Kelantan, Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) bakal memiliki kemudahan kolam ais yang turut dimiliki pasukan bertaraf dunia apabila penaja utama pasukan tersebut, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman bakal menyediakan kemudahan tersebut.

Laporan BH Online menyatakan kemudahan itu akan disediakan di tingkat tiga Wisma Vida Beauty di Kubur Langgar di sini berikutan ruang Stadium Sultan Muhammad IV yang agak terhad.

Dr Vida berkata kolam renang ais adalah satu kaedah pemulihan yang sangat penting untuk merawat badan terutamanya selepas perlawanan dan latihan.

"Saya difahamkan pemain sebelum ini perlu mencari alternatif sendiri untuk berenang dalam ais dengan membeli kolam renang plastik kanak-kanak.

"Jadi, saya akan menyediakan kolam itu di bangunan saya sendiri supaya pemain tidak lagi bersusah payah ke tempat lain kerana semua kemudahan di Wisma Vida Beauty sudah disediakan.

"Apa yang kita mahukan adalah kemudahan pemain untuk menjalani latihan fizikal di dalam gimnasium yang serba lengkap supaya mereka lebih cergas dan dapat beraksi dengan cemerlang.

Selain itu, Dr Vida juga turut berkata bangunan tersebut akan dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain.

"Selain gimnasium, bangunan itu juga akan dilengkapi dengan kafe, tempat pemain berehat dan bilik mesyuarat, jakuzi, sauna dan kolam renang, termasuk tempat menjual tiket.

"Kerja pengubahsuaian bangunan itu akan bermula minggu depan mengikut reka bentuk saya sendiri," katanya di dalam satu sidang media hari ini.

Dr Vida juga berkata, Wisma Vida Beauty yang setinggi tiga tingkat itu sudah terbengkalai sejak tiga tahun lalu dan akan dicat semula dengan warna asas Qu Puteh iaitu merah jambu dan putih. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "