Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Nurul Izzah Sebak Ketika Beri Keterangan Isu Pertemuan Dengan Acel Kiram

3 Dis 2015


Ahli Parlimen PKR, Nurul Izzah, mengakui dirinya begitu sebak sehingga keguguran air mata ketika memberi keterangan kepada Dewan Rakyat berhubung pertemuannya dengan acel Kiram, anak perempuan kepada Jamalul Kiram III, yang melancarkan serangan bersenjata di Sabah pada tahun 2013.

"Saya begitu sebak.

"Saya menangis untuk rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen.


Dewan rakyat hari ini meluluskan usul untuk membawa Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Parlimen kerana pertemua tersebut.

Usul tersebut diluluskan dengan undian block dengan 105 menyokong dan 77 yang lain tidak menyokong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan usul terbabit berkata dia bersimpati dengan Nurul Izzah.

Azalina mencadangkan Nurul Izzah memohon Jacel dan Datuk Bandar Manila, Joseph Estrada untuk turut serta dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk membersihkan namanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "