Isu KimK : Fazura Nafi Adakan Pertemuan Empat Mata
KUALA LUMPUR: Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin menafikan dia akan mengadakan pertemuan dengan seorang pemilik akaun Instagram pada Jumaat ini berikutan isu KimK yang kini menjadi bualan netizens di dalam negara.
Memetik laporan Astro Awani, Fazura yang kini berada di Singapura menafikan perkara itu melalui aplikasi Whatsapp.
Sebelum ini, sumber terdekat pelakon tersebut melaporkan satu pertemuan akan diadakan untuk menjernihkan keadaan atas kontroversi yang berlaku pada Rabu lalu.
Perkataan KimK menjadi bualan netizen apabila aktres terbabit tersalah faham perkataan itu dengan perkataan sensitif padahal pengguna Instagram terbabit merujuk perkataan itu kepada selebriti barat, Kim Kardishian.
Selain dari netizens, kontroversi itu turut mendapat perhatian budayawan Professor Dr Siti Zainon Ismail yang berkata isu ini akan menjadi besar jika ada kekeliruan akibat salah tafsir sehingga menimulkan persepsi negatif.
"Penggunaan medium media sosial dalam menegur atau memuji boleh menjadi salah faham jika ia tidak dilakukan dengan penuh kesopanan.
"Jangan perli dengan kasar, kita jangan mengusik orang dengan tulisan yang boleh menjadikan salah faham. Paling mudah jika ada pujian atau teguran, sampaikan mesej itu secara peribadi sahaja," katanya memetik laporan Astro Awani. - Siakapkeli.my