Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tidak Mahu Jual Tiket Kepada Warga Israel, Kuwait Airways Hentikan Penerbangan New York-London

18 Dis 2015
No Comment

WASHINGTON: Berikutan menerima ancaman tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat kerana tidak menjual tiket kepada warga Israel, Syarikat penerbangan Kuwait Airways telah menghentikan penerbangan antara Lapangan Terbang JFK di New York dan London Heathrow.

Sebelum ini, Kuwait Airways telah menerima surat amaran daripada Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat (DoT) di mana meminta agar syarikat berkenaan menghentikan tindakan diskriminasi berkenaan.

DoT mengesahkan kepada agensi berita AFP bahawa Kuwait Airways telah memaklumkan pada Selasa bahawa mereka akan menghentikan laluan berkenaan.

Isu ini tercetus selepas sistem  tempahan penerbangan Kuwait Airways tidak menjual tiket kepada seorang penduduk Israel Eldad Gatt pada tahun 2013.

Dalam satu jawapan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat, syarikat penerbangan itu berkata tindakan tersebut adalah semata-mata mematuhi undang-undang Kuwait yang melarang segala hubungan perdagangan dengan entiti atau penduduk Israel. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "