Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Haramkan Vape: Selangor Adakan Perbincangan Dan Kajian Terlebih Dahulu

17 Dis 2015



SHAH ALAM: Sebelum mengambil langkah yang sama dnegan Johor dan Kelantan yang mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape, Selangor pula akan mengadakan perbincangan dan kajian yang mendalam tentang isu itu.

Hal itu dinyatakan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali, dengan menambah bengkel berkenaan penggunaan vape akan dilaksanakan pada awal tahun depan.

"Bengkel itu akan melibatkan Kementerian Kesihatan, kumpulan anak muda dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bagi meneliti kesan kesihatan akibat menghisap vape.

"Kita akan melihat rumusan daripada bengkel tersebut sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

Ujar Azmin kerajaan negeri tidak mahu mengambil langkah drastik tanpa adanya pandangan daripada golongan yang berkaitan. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "