Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sebab Kanapa Laksa Dikatakan 'Sejuk' Dan Ibu Berpantang Dilarang Makan

30 Dis 2015
No Comment

Kenapa laksa adalah merupakan salah satu yang menjadi pantang besar bagi ibu yang baru lepas bersalin? Apakah relevannya makanan ini tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu lepas bersalin.

Selalu ramai ibu-ibu dan bapa di luar sana tahu ianya SEJUK.

Tapi tahukan apa maksud sejuk dan membuatkan makanan yang sedap itu sejuk.

*Bagi mereka yang tidak tahu sejuk bukanlah laksa itu sudah tidak panas.

Segala fakta ini telah dipetik dari blog KakBidan di mana penulis blog berkenaan telah mengulas mengenai pantang larang yang diamalkan sejak dahulu laig ini.

LAKSA : Kenapa laksa jadi pantang besar buat ibu selepas bersalin??

Ha selalu kan ibu2 (terutamanya penggemar laksa) tertanya- tanya kenapa tak boleh makan laksa selepas melahirkan anak kan? Kenapa orang dulu2 tak bagi makan laksa? Sejuk katanya..eh kenapa laksa SEJUK?

Jom kita tengok kenapa laksa ni sejuk. Apa yg buatkan dia sejuk. Dimana sejuk dia.
Selain laksa, bihun juga adalah tergolong dalam kategori keluarga yang sama.
Mari kita lihat cara pembuatan laksa dan bihun ni :


1. Kedua-duanya diperbuat daripada beras. Beras still OK.

2. Lepas tu kedua-duanya dimasak, dilenyek dan dibentuk jadi laksa dan bihun. So still OK.

3. Kemudian laksa dan bihun ni dibiarkan kering. OK lagi.

4. Bila dah kering, ia dimasak/direbus/direndam dalam kuah laksa atau sup atau digoreng jadi bihun goreng....Haa....part ni yg TAK OK!

KENAPA?

Sebab laksa dan bihun ni dah jadi seperti "nasi sejuk". Dimasak 2 kali. Jadinya kandungan angin ketika masak kali kedua sungguh TINGGI. Kalau ibu2 cuba makan nasi sejuk yang dipanaskan banyak kali masa pantang. Mau bentan time-time tu jugak.

Bila ia dimasak 2 kali, ia memerangkap angin.

Ada juga yang kata kerana daun kantan yg terdapat dalam kuah laksa. Dan ada juga yang kata jenis ikan yang digunakan untuk membuat laksa.


Apapun alasannya...perlukah kita pertikaikan perkara yang sudah menjadi larangan sejak berzaman. Dan bukankah larangan ini terjadi kerana ada wanita di zaman dahulu yang dah melanggar pantang ini.

Lalu mengapa kita perlu pertikaikan lagi?

Berpantang biarlah berlebih...Jangan berkurang. Badan yang masuk angin ni...lama-lama akan sakit-sakit badan. Dan bila dah sakit badan asyik nak marah-marah plak. Bila asyik nak marah-marah, anak nangis lebih sikit dah kena tengking. Bila anak kena tengking, suami plak tegur. Bila suami dah tegur, kita plak sakit hati...bla...bla..bla...(panjang woo jalan cerita). Nampak tak permainan dia? So better jaga lebih ye ibu2 sekalian..

Sanggup lupakan pantang larang dan sakit semata-mata nak makan makanan favourite kita ke atau pantang dulu makan makanan favourite tu, biar sampai badan dah sihat betul-betul baru makan?
Semuanya terpulang kepada ibu-ibu sekalian. Nak sihat ke atau nak sakit ke tu badan anda sendiri.
Ibu2 sendiri yang akan deal dgn sakit yang akan ditanggung dan dalam masa yg sama akan effect juga kepada keluarga. Tapi jangan plak tuding jari dan salahkan sesiapa bile dah sakit. Salahkan diri sendiri sebab buat pilihan yang salah. Pilihan di tangan anda. So pilihlah dengan bijak.

Prevention is better than cure atau dalam bahasa Melayunya mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati..

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "