Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Daripada Main Facebook Tiada Hasil, Lebih Baik Berniaga Online" - Datuk Ahmad Maslan

30 Dis 2015
No Comment

Selapas satu-satu kontroversi melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, nampaknya cadangan beliau dan saranannya kali ini bolehlah diterima pakai.

Memetik laporan Malaysiakini, Ahmad kali ini dilihat masih dengan berpendirian yang sama iaitu terus mempromosikan perniagaan atas talian oleh rakyat untuk menambah pendapatan sampingan.

Menurut beliau, lebih baik rakyat Malaysia belajar untuk berniaga atas talian daripada menghabiskan masa mereka sampai tengah malam melayari media sosial.

“Rakyat Malaysia ini minat media sosial, kadangkala berwhatsapp sampai jauh tengah malam, FB dan Twitter. Tak tahulah hasil apa yang mereka dapat itu.

"Alangkah eloknya kalau mereka belajar tentang e-dagang. Dalam digital ekonomi ini boleh menambah pendapatan,” kata timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (MITI) dalam sidang media selepas melawat Pusat Pameran Eksport Malaysia hari ini.

Ahmad sebelum ini telah dilanda kontroversi terbaru apabila beliau mengeluarkan saranan supaya rakyat melakukan dua kerja untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi di mana ia dikritik teruk netizen bahkan turut dikritik dari ahli akademik dan agamawan.

Bagaimanapun untuk menjawab kritikan itu beliau memuatnaik statusnya di laman Twitter yang menyatakan beliau juga melakukan tiga kerja iaitu timbalan menteri, anggota parlimen dan ketua penerangan Umno.

Beliau juga semalam menjelaskan bahawa pandangannya itu dibuat dalam konteks perniagaan atas talian sebagai kerja sampingan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "