Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Penumbuk Mike Tyson Hampir Hinggap Ke Muka Saya" - Donnie Yen

19 Dis 2015
No Comment

Kuala Lumpur: Bintang filem aksi terkenal Hong Kong, Donnie Yen, 52, telah menceritakan pengalamannya semasa menjayakan filem aksi Ip Man 3 di mana menurut beliau, mukanya hampir-hampir terkena tumbukan peninju lagenda Mike Tyson beberapa kali ketika melakonkan babak pertarungan dalam filem berkenaan.

Menurut Donnie, babak dalam filem yang diarahkan oleh perngarah Wilson Yip tersebut menjadi sedikit sukar kerana Tyson sebelum ini tidak pernah berlakon.

"Tyson peninju tersohor dunia dan pergerakan dia sangat rumit. Tambahan pula dia sukar mengingati pergerakan yang diajar, jadi kami terpaksa melakukan aksi pertarungan betul.

"Mujur saya dapat mengelak tumbukan Tyson beberapa kali," katanya yang memegang watak sebagai lagenda seni pertahanan diri Wing Chun, Yip Man.

Beliau mengakui peluang berlakon bersama peninju lagenda tersebut merupakan satu pengalaman yang amat baik dan mungkin suakr dilupakan kerana dia amat meminati Tyson.

"Ketika bertemu dengan Tyson, dia turut memberitahu meminati filem IpMan selepas menonton siri pertama dan kedua," katanya.

Filem IP Man 3 yang menelan kos pembikinan mencecah RM132.26 juta itu bakal menemui penonton di negara ini pada 24 Disember ini.

Barisan pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Lynn Xiong, Karena Ng dan Max Zhang. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "