Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"My Brother, My Hero" - Tunku Idris

5 Dis 2015

5 Dis - Hari ini rakyat Malaysia, khususnya rakyat Johor menerima berita yang mendukacitakan iaitu berita pemergian YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor telah mangkat pada jam 7.11 malam tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman (TPJ) dengan memuat naik gambarnya bersama Tunku Abdul Jalil dengan kapsyen "Al-Fatihah".


Turut melaporkan pengkhabaran yang sama, akaun Facebook Tunku Azizah Aminah Sultan Iskandar - Abdullah.


Pengkhabaran menyedihkan itu turut dikongsi akaun instagram Tunku Idris Sultan Ibrahim yang memuat naik gambar yang menyentuh hati dengan bertajuk "My Brother, My Hero" bersama kapsyen "Love and miss you...always and forever.


Rata-rata rakyat merasa terkejut dengan kemangkatan Tunku Abdul Jalil.

"very big loss to johor ppl on Tunku Jalil. All johor people will miss sire humble attitude 😢 #alfatihah", tulis pengguna twitter Yenn.

"I just knew that Tunku Jalil passed away. I miss his jokes thru instagram. Al-Fatihah", tulis Faten pula.





Almarhum Tunku Abdul Jalil yang terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan begitu dekat dengan rakyat didiagnosis menghidap kanser 20 Ogos tahun lalu.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga tenang di sana.. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "