Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kajian Menunjukkan Kualiti Sperma Lelaki Malaysia Semakin Merosot

5 Dis 2015



Jangan terkejut jika dikatakan kualiti air mani lelaki di Malaysia yang berusia 20 hingga 30 tahun menyusut sehingga 43 peratus.

“Hasil kajian itu menjadi keputusan penting kepada pengkaji membuat rumusan bahawa Malaysia kini perlu mempertingkatkan rawatan kesuburan dalam kalangan rakyatnya,” kata pengarah perubatan Pusat Fertiliti Kuala Lumpur, Datuk Dr Prashant Nadkarni tentang kajian yang dijalan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, baru-baru ini.
Hal itu turut dipersetujui seorang lagi pakar, Dr Agilan Arjunan, dengan memetik pengalamannya menunjukkan lelaki punca masalah kesuburan bagi 40 hingga 50 peratus pasangan yang meminta khidmat nasihatnya.
Antara faktor yang menyumbang kepada masalah ini juga adalah gaya hidup tidak sihat dan makanan yang mengandungi bahan kimia.
“Sebagai contoh, lelaki Malaysia masa kini dilihat lebih gemar mengambil makanan yang diproses, dicampur banyak perisa dan pewarna.
“Tabiat tersebut boleh menyebabkan kualiti sperma lelaki terganggu dan seterusnya menjadikan sperma tidak berkualiti,” katanya.
Pakar sakit tuan Dr Ismail Tambi pula berpendapat penurunan kualiti sperma juga disebabkan tekanan kerja dan gangguan harian.
“Tekanan luaran kepada kaum lelaki boleh menyebabkan kualiti sperma dihasilkan kilang sperma tidak cukup sifat atau cacat seperti sperma tiada ekor dan gagal berenang ke telur.
“Lima daripada 10 lelaki Malaysia pada masa ini juga dikesan tiada masa untuk menjalinkan hubungan kelamin dengan pasangan,” ujarnya. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "