Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mayat Wanita Ditemui Tergantung di Kebun Getah

22 Dis 2015
No Comment


Alor Gajah: Seorang pemilik kebun getah terkejut apabila menemui mayat seorang wanita berusia 20-an dalam keadaan tergantung pada dahan pokok getah di Kilometer 192 Jalan Kuari JKR, Kampung Paya Rumput kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Sumber laporan myMetro menyebut, ketika ditemui, mayat mangsa memakai baju warna merah jambu dan berseluar panjang.

"Kejadian disedari pemilik kebuh getah terbabit ketika ke kawasan itu untuk menoreh getah sebelum dia menghubungi polis.

"Pemeriksaan awal dijalankan tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada badan mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat," katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhamad Ismail Muhamad Yusuf berkata kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "