Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Haram Kenakan Pakaian Yang Ada Lambang Salib

22 Dis 2015


MARANG, 22 Dis - Pemakaian pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak ataupun imej syaitan boleh menjurus kepada perbuatan syirik dan hukum memakainya adalah haram.

Menurut Imam Masjid Tok Fakir, Mohd Zafpri Daud, 35, perbuatan itu ditegah oleh Islam sekali gus mengabaikan hukum yang jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

"Ibu bapa kadangkala terlepas pandang dan kita bimbang trend ini menjadi dakyah halus yang cuba diserapkan dalam jiwa umat Islam khususnya kanak-kanak melalui pemakaian.

Bagaimanapun, dalam hal seperti ini, Islam tidak berkompromi sama ada dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan, apatah lagi pada pakaian kanak-kanak,” katanya, memetik laporan Sinar Online.

Beliau dipetik ketika mengulas tentang trend pemakaian kanak-kanak yang jelas memiliki lambang salib, termasuklah imej filem animasi 'Frozen' yang menjadi kegilaan kanak-kanak kini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "