Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Luahan Hati Pilu Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Mengenai Pemergian Puteranya

8 Dis 2015
No Comment

Selepas tiga hari pemergian Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris hari ini telah menulis satu warkah yang cukup meruntun jiwa kepada putera ketiganya itu.

Catatan bertajuk "Warkah buat anakku, Jalil" itu dimuat naik di akaun Facebook baginda, Zarith Sofiah Idris, pagi tadi.

Di dalam warkah berkenaan Permaisuri Johor itu meluahkan rasa hati baginda terhadap seribu satu kenangan bersama Almarhum Tunku Jalil dan hari-hari terakhir bersama puteranya itu.

Baginda Permiasuri turut berkongsikan saat bersama anakandanya itu yang bertarung hidup melawan kesakitan akibat kanser hati tahap empat sehingga menghembuskan nafas terakhirnya.

Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu lalu di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kerana kanser.

Berikut adalah kandungan penuh warkah berkenaan:

Warkah buat anakku, Jalil: Mama tahu, satu-satunya sebab Lil pergi ke hospital adalah kerana Lil menanggung kesakitan yang amat sangat. Lil sebenarnya hendak kekal tinggal di rumah: Lil telah terlalu kerap ke hospital. 

Namun Allah S.W.T., Yang Maha Mengetahui, menempatkan Lil di sana agar kami, keluarga Lil, dapat meluangkan sebanyak masa bersama Lil.

Mama menyimpan seribu satu kenangan tentang Lil ketika Lil menghabiskan hari hari terakhir Lil di dunia ini.Mama terkenang satu ketika sewaktu Lil memejam mata dan air mata menitis di pipi Lil, semasa Lil cuba melawan kesakitan yang ditanggung. 

Mama memegang tangan kiri Lil dan menangis. Mama mencuba sedaya upaya untuk menahan sedu sedan Mama dari kedengaran. Mama fikir, Lil tidak nampak Mama menangis kerana mata Lil pejam. Tapi Lil tahu. Lil meletak tangan kanan Lil diatas tangan Mama dan menepuk nepuk dengan perlahan, seolah berkata

"Jangan menangis, Lil tidak apa-apa. "Mama ingat semua mesej pesanan ringkas yang Lil hantar kepada Mama. Bila Mama mengatakan bahawa Mama telah berdoa untuk Lil, Lil membalas dengan mengatakan bahawa Lil juga telah berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. biarlah Lil yang menanggung semua kebimbangan Mama.

Bila mama melihat makam Lil, hati mama dipenuhi keperitan. Mama masih terbayangkan detik ketika Babah, abang dan adik Lil memenuhkan kubur dengan tanah sementara Boo dan Inah berdiri disisi Mama. 

Mama memandang kearah abang dan adik Lil, dan membilang hanya tiga anak lelaki. Boo disisi Mama. Anak Mama lima orang. Dimana anak mama yang lagi seorang? Dan Mama baru tersedar bahawa Lil yang tiada. 

Lil kini berada di bawah timbunan tanah itu. Dan pada ketika itu, Mama menadah kedua tangan mama dan berbisik, "Sesungguhnya dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami kembali. Daku memulangkan kepadaMu, Ya Allah, anakku. 

"Moga Lil ditempatkan bersama mereka yang soleh. - Siakapkeli.my


A letter to my son, Jalil :My darling Lil, I know the only reason you wanted to be in hospital was because you were...
Posted by Zarith Sofiah Idris on Monday, December 7, 2015
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "