Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ayam Import Plastik Biru Dari Negara China Adalah Halal - JAIP

8 Dis 2015
No Comment


Berikutkan kebimbangan orang ramai mengenai status halal ayam plastik biru yang menjadi viral di laman sosial sebelum ini, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) semalam telah tampil mengesahkan ayam yang dibaluti plastik biru di sebuah pasar raya di daerah ini adalah halal dan tidak mendatangkan sebarang syak kepada umat Islam.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, ayam berkenaan adalah ayam yang diimport dari China di mana pusat penyembelihannya adalah disahkan halal oleh pertubuhan Islam yang diiktiraf di negara berkenaan.

Selain itu, pusat penyembelihan tersebut juga diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan orang ramai boleh merujuk laman web JPVM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

“Bukan semua produk yang disahkan halal di dunia perlu diletakkan logo halal Malaysia. Jika produk dari luar negara maka ia hadir bersama logol halal pertubuhan Islam yang diiktiraf di negara itu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai gambar yang dimuat naik dari Facebook kepada Sinar Harian.


Sebelum ini, gambar berkenaan menjadi viral di laman sosial menunjukkan ayam dibaluti plastik biru yagn dijual disebuah pasaraya diragui status halalnya kerana tiada logo halal dan meminta perkara ini disiasat.

Noridzuan berkata, Sesetengah isu memerlukan pengesahan terlebih dahulu supaya tidak meresahkan pelanggan Islam,” katanya.

Oleh sebab demikian, tiada sebarang isu berkaitan keraguan status halal dan pengguna Islam tidak perlu risau dengan status ayam import.

Beliau juga mengesahkan bekalan ayam potong yang diimport dari China juga adalah halal dan melalui cara yang sah.

Noridzuan juga mahu pengguna lebih prihatin dengan mengenali kesemua logo pertubuhan Islam yang diiktiraf di dunia serta mengetahui loji penyembelihan yang diperakui di Malaysia.

“Ia bagi mengelakkan pelbagai dakwaan dan komen negatif terhadap pihak berkuasa selain menimbulkan kegelisahan pengguna tanpa usul periksa.

Bagaimanapun, katanya, keprihatinan pelbagai pihak berkaitan isu halal, tetap dihargai dan Jaip akan mengambil tindakan sewajarnya jika peniaga dan industri yang cuba memalsukan perakuan dan penandaan Halal. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "