Elektrik : Bayar Lebih Jika Guna Lebih 300 kWj Bermula Tahun Depan
PUTRAJAYA, 8 Dis: Pengguna yang menggunakan elektrik lebih dari 300 kiloWatt jam (kWj) perlu membayar kadar tarif elektrik yang lebih tinggi kerana pengurangan dalam rebat.
Namun, menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili, mereka yang menggunakan kurang dari 300 kWj tidak akan terjejas.
Beliau berkata tiada perbuahan dalam kadar tarif elektrik asas bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2016.
Namun, rebat dikurangkan daripada 2.25 sen bagi setiap kWj kepada 1.52 kWj bermula 1 Januari tahun depan. - Siakapkeli.my