Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gagal Larikan Diri, Lelaki Masukkan Muncung Senapang Dalam Mulut Untuk Bunuh Diri

25 Dis 2015
No Comment


JOHOR BAHRU: Gara-gara gagal melarikan diri daripada kepungan pihak polis, seorang lelaki telah nekad memasukkan muncung senapang ke dalam mulutnya sebelum melepaskan tembakan.

Kejadian berkenaan yang berlaku kira-kira jam pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan membawa senjata jenis pump gun sedang berlegar di sekitar Jalan Desa Kempas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Assistan Komissioner Mohd Taib Ahmad berkata, dua anggota dengan sebuah kereta peronda digegaskan ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat berkenaan.

"Hasil rondaan pihak kami akhirnya menemui suspek lelaki dalam lingkungan 40an sedang berjalan di hadapan sebuah restoran di Jalan Desa Kempas dengan membawa senapang berisi peluru hidup.

"Susulan itu, anggota kami terus mengarahkan suspek berkenaan untuk menyerah diri dan meletakkan senjatanya, namun suspek enggan berbuat demikian,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Selepas menerima makluamt orang ramai berkenaan pihaknya telah menghantar sebanyak lima buah kereta peronda ke lokasi kejadian bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Setibanya bantuan, saya difahamkan suspek mula panik tetapi masih tidak mahu menyerah diri malah telah melepaskan satu das tembakan ke udara.

"Suspek kemudiannya bertindak memasukkan muncung senapang itu ke dalam mulut sebelum melepaskan tembakan menyebabkan dirinya mati di tempat kejadian,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "