Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

4 Maut Terbakar Apabila Dua Kereta Bertembung

25 Dis 2015


Johor Bharu, 25 Dis  - Seorang lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak maut apabila dua buah kereta bertembung sebelum terbakar dalam satu kemalangan di jambatan Sungai Dohol, dekat Kota Tinggi, kira-kira jam 7 pagi hari ini.

Menurut laporan Bernama, kereta yang terbabit adalah dari jenis Land Rover dan Toyota Corolla.

Menurut Pengarah Bahagian Operasi Jabatan dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Land Rover yang dalam perjalanan ke Mersin itu telah melanggar papan tanda jambatan Sungai Dohol sebelum terbabas ke arah bertentangan dan bertembung dengan sebauh kereta Toyota Corolla.

"Seorang wanita ditemui rentung di dalam kereta Toyota Corolla itu manakala satu keluarga dari Singapura terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti jantinanya ditemui rentung di dalam Land Rover terbabit," katanya.

Mohd Rizal juga berkata seorang lagi kanak-kanak yang berada di dalam Land Rover tersebut berjaya diselamatkan oleh orang awam dan telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "