Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelampau Yahudi Rai Kematian Rakyat Palestin di Majlis Perkahwinan

25 Dis 2015

BAITULMAQDIS - PALESTIN.  - Satu rakaman video yang merakamkan aksi pelampau-pelampau Yahudi yang meraikan kematian rakyat-rakyat palestin dan bersorak atas serangan bom api yang meragut tiga nyawa pada musim panas yang lalu mengejutkan ramai pihak, termasuklah pihak berkuasa Israel sendiri.

Memetik laporan dari Haaretz, rakaman tersebut disiarkan semasa satu laporan oleh Channel 10 kelmarin dan ia memaparkan imej seorang anak muda Israel menari sambil memegang pistol serta pisau di sebuah majlis perkahwinan.

Sedutan gambar dari video terbabit.

Selain itu, seorang lelaki lain turut dilihat menikam gambar seorang bayi dari Palestin, Ali Dawabsha, 18 bulan yang terbunuh selepas rumah mereka sekeluarga di bakar di kampung Duma dekat Tebing Barat pada Julai lalu.

Keluarga Dawabsha yang terbunuh.
Difahamkan, video keraian itu dirakam di sebuah majlis perkahwinan pasangan Israel, yang dilaporkan berkawan dengan suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan keluarga Dawabsha.

Seorang pemimpin Israel menulis di Twitter : "Kepercayaan Yahudi saya tidak sama dengan kepercayaan mereka yang menari diatas darah-darah bayi yang terkorban" - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "