Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pepsi Memperkenalkan Telefon Pintar Pertamanya, Pepsi P1s

23 Nov 2015

Jenama Pepsi - 'brand' yang terkenal dengan minuman tin - kini turut serta dalam dunia teknologi apabila syarikat itu mula mengeluarkan telefon bimbit pertamanya.

Telefon tersebut dinamakan sebagai Pepsi P1s.


Telefon tersebut dilengkap dengan skrin bersaiz 5.5 inci dengan resolusi 1080p yang mana berupaya untuk memberi kepuasan terhadap pengguna.

P1s akan dilengkapi dengan sistem pengoperasian Android 5.1 Lolipop bersama dengan beberapa tema Pepsi yang telah dimasukkan ke dalam telefon terbabit.


Dari segi prestasi, telefon itu menggunakan cip pemprosesan MediaTek (MT6592) 1.7GHz Octa-Core dan juga RAM 2GB serta bateri 3000MAh.

Telefon itu didatangkan dengan 16GB storan dalaman yang boleh diperluaskan dengan sokongan microSD sehingga 64GB.

Dari segi kamera pula, P1s dilengkapkan dengan kamera 13MP di bahagian belakang dan 5MP di bahagian depan.

Dari segi sambungan, P1s dilengkapkan dengan Bluetooth, 3G, GPRS/EDGE/LTE, Micro-USB dan juga GPS.

Lebih menarik ia juga menawarkan fingerprint scanner di bahagian belakang di bawah kamera utama.

Pepsi P1s ditawarkan pada harga USD$110(RM472) di laman web JD Finance(Kickstarter versi China). - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "