Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Low Yat 2' Akan Dibuka Awal Disember Ini Dengan Nama Baharu - Ismail Sabri

23 Nov 2015
Foto : Theantdaily
KUALA LUMPUR - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 'Low Yat 2', pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyerupai Plaza Low Yat di Bukit Bintang akan dibuka secara rasmi pada 8 Disember ini.

Menurut beliau, nama baharu dan logo pusat tersebut akan diumumkan sempena pembukannya di Tingkat 3, Menara Mara di sini.

"Sebanyak 36 premis menjual alat telekomunikasi yang dimiliki seratus peratus syarikat bumiputera telah disenarai pendek untuk memulakan perniagaan mereka," katanya memetik laporan Bernama.

Kata beliau lagi, pusat itu; sama seperti Plaza Low Yat; akan menjual produk dan barangan teknologi maklumat dan diharap akan menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatkan kemudahan peralatan komunikasi.

Tambah beliau lagi, projek ini akan dikembangkan ke seluruh negara sekiranya ia mendapat sambutan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "