Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mudahnya Hilangkan Ketuat Di Rumah Dengan Hanya Menggunakan Empat Bahan Ini

16 Mac 2018
3 ulasan

Jikalau sebut tentang ketuat, pasti kita akan membayangkan benjolan kecil yang muncul di tapak tangan atau kaki. Ketuat merupakan perkara yang sering berlaku kepada kita semu. Oleh itu, masalah ketuat sering tidak dihiraukan sehinggalah ianya baik sendiri atau semakin teruk.

Bagi yang tidak selesa dan ingin menghilangkan ketuat ini, ada cara mudah yang menggunkan bahan-bahan yang senang dicari untuk dilakukan dirumah.

Oleh itu, entri kali ini berkongsi cara dan petua mudah yang ditulis oleh Puan Hanis Samsuddin di laman facebooknya. Mari ikuti cara mudah ini dan semoga bermanfaat.

Cara Hilangkan Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Saya pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?


Apakah punca ketuat?

 Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.

Bagaimana nak hapuskan ketuat?

 Ketuat mempunyai "akar" yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghilangkan ketuat:


Apple Cider Vinegar 
- Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.

Kapas
 - Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.

Plaster atau Duck Tape
- Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.

Vaseline
 - Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.


Mari lihat pada gambar dibawah untuk mengikuti langkah Rawatan Membuang Ketuat. Selamat mencuba.


1. . Sapu vaseline dekat keliling ketuat (jangan terkena ketuat). Basahkan kapas dengan cuka,letak atas ketuat dan plaster .Biarkan semalaman.


2. Ketuat yang tidak disapu vaseline..kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka.. Jadi pastikan ada menyapu vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka.

Hari ketiga:
Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar..pada hari pertama dan kedua tiada rase pape sebab cuka memakan sel kulit mati..pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rase sedikit pedih.


4.Kelihatan akar ketuat menjadi hitam. Ini menandakan sel-sel ketuat mula mati dimakan asid.


5.Kelihatan ketuat dah mati.


6. Apabila ketuat jadi macam ni,boleh la korek sikit demi sedikit.


7. Ketuat yang berjaya dikorek.


Sumber- Hanis Samsuddin

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, 4gen Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "