Sejak kebelakangan ini, kita sering terlihat di dada media sosial tentang keburukan penjawat awam lebih-lebih lagi mereka yang berkhidmat di dengan masyarakat yang ramai seperti di hospital atau kaunter-kaunter seperti bank, jabatan pendaftaran atau mana-mana yang melibatkan urusan orang ramai seharian.
Jarang-jarang sekali kita melihat di dada media kebaikan mereka ini walaupun yang 'buruk' itu hanya segelintir di kalangan penjawat awam.
Disebalik isu semasa melibatkan kakitangan JPN, Kakitangan hospital dan pelbagai lagi, kita lupa akan pengorbanan mereka yang betul-betul ikhlas membuat kerja membantu masyarakat.
BACA: Pakar Jawab Isu Dipatuk Ular Tetapi Diabaikan Oleh Hospital Kerajaan
Berikutkan itu, seorang doktor bernama Abdul Rahman Abdul Kadir telah membuat luahan ini di laman Facebooknya yang menunjukkan contoh seorang kakitangannya yang melakukan tugas ikhlas membantu masyarakat tetapi menurutnya perkara seperti ini pasti tidak mendapat perhatian masyarakat, sebaliknya hanya keburukan yang lebih di cari.
Berikut adalah tulisan beliau,
Gambar di bawah saya jumpa di media sosial. Ia adalah staff saya. Seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) atau nama lainnya adalah MA (Medical Assistant). Zaman dahulu jawatan ini dipanggil sebagai Dressar.
Jawatan ini adalah salah satu jawatan paramedik bersama para jururawat (nurse). Mereka (paramedik) adalah merupakan tulang dan sendi perkhidmatan kesihatan.
Mereka bertungkus lumus bersama doktor untuk berkhidmat menyelamatkan pesakit, merawat dan memantau pesakit pada setiap masa.
Penat pekerjaan mereka bukan kepalang. Kadang kala terpaksa bekerja double syif demi berkhidmat demi negara.
Lihatlah gambar itu. MA saya mengangkat sendiri seorang nenek tua yang tidak bermaya turun tangga kerana nenek tersebut terlalu uzur dan flat nenek tersebut tiada lif. Senyuman tidak lekang dari mulutnya sungguhpun beban yang dipikul adalah berat.
Begitulah pengorbanan kakitangan KKM dalam menjalankan tugas. Kami mengetepikan rasa penat, perasaan geli, takut malah keluarga kami kadangkala berkecil hati kerana kami terpaksa meninggalkan mereka atas panggilan yang mendesak. Betapa banyak kenduri kendara dan hari perayaan yang kami tidak dapat bersama kerana berkhidmat untuk anda dan negara.
BACA: Kes Viral Pegawai JPN 'Biadap', Ini Adalah Cerita Daripada Kedua-Dua Belah Pihak
Tapi gambar seperti ini tidak akan pernah viral. Tiada penghargaan untuk senyuman ikhlas dan jerih payah perawat kesihatan kerana macai kata itu memang kerja mereka dan mereka dibayar gaji untuk merana.
😏😏😏😏
Yang akan viral adalah penjawat awam sombong, tidak senyum dan berlagak nak mampus (semua persepsi) semasa mereka tiba untuk rawatan bagi kes bukan kecemasan di Jabatan Kecemasan pada jam 3 pagi ketika kami amat sibuk.
Wahai sahabat2ku penjawat awam terutamanya warga KKM...bersabarlah atas cercaan dan penghinaan yang dilemparkan kepada kita.
Biar kita viral di akhirat dan mewangi nama kita dipuji Allah dan malaikat.
Ameen.
- Siakapkeli.my
nak heboh jd artis la
BalasPadam