Sebelum ini pada zaman Admin sendiri baru tamat sekolah menengah terlalu banyak cerita melibatkan perniagaan Multilevel Marketing (MLM) ini (Bukan semua MLM).
Kisah junior-junior dan kawan-kawan sekolah admin terlibat dalam perniagaan ini di mana mereka menarik perhatian ramai kawan-kawan dengan membeli kereta mewah dan menayangkan kereta berkenaan untuk menarik perhatian orang lain.
Ya, admin akui mereka mengajak orang ramai untuk berjaya tapi cara yang digunakannya salah!, mengapa salah? teringat seorang kawan admin menyertai satu MLM yang tengah meleup tahun 2006 iaitu Luxor.
Ramai golongan muda malahan ada yang sekolah rendah pun terlibat, wang permulaan perlu dikeluarkan kira-kira RM2000 lebih. Mana budak sekolah ambil duit banyak tu.?
Apabila ditanya kawan-kawan, jawapan yang diberikan sungguh mengecewakan ada menggunakan duit tabung haji, ada yang menggunakan duit simpanan tetapi jawapan yang paling mengejutkan sanggup curi barang kemas emak. Ini buka reka cerita, ini berlaku kepada kawan-kawan admin. Nasihat daripada 'leader' kepada mereka "nanti dah berjaya ganti balik."
Tapi apa mereka dapat? sebab lepas bayar RM2000 dan lebih mereka perlu cari lagi orang dibawah sebanyak empat orang yang juga perlu membayar RM2000 kalau tidak tidak dapat bayaran melainkan produk yang tidak padan dengan harga dan ramai gagal mencari 'downline'.
Pada tahun 2008 di raya ke 2, admin pergi beraya ke rumah cikgu yang mengajar dulu, dia pun mula menceritakan perangai segelintir mereka yang 'berjaya' dengan bongkak sombong, pergi ke sekolah kaki letak atas meja semasa di dalam kelas kerana beranggapan gaji merek lebih besar dari cikgu.
Kemudian kisahnya pula semasa mahu mengambil keputusan SPM, junior-junior admin ini pergi ke sekolah ambil keputusan, cikgu cerita adalah empat lima orang leader yang 'berjaya' ini bawa kereta parking sampai depan dataran perhimpunan sekolah berhampiran dengan pejabat untuk tayang kereta-kereta mewah mereka dekat cikgu.
Tapi kini apa jadi dengan mereka? ke mana perginya Luxor yang menyebabkan mereka kurang ajar dengan cikgu itu? mana kereta-kereta mewah mereka? kereta-kereta itu semua sudah jadi hak orang lain.
Selain pengalaman admin ini, ada seorang pengguna Facebook bernama Ariff Arifin telah berkongsikan kisah-kisah mengenai golongan seperti ini.
"Apa khabar jutawan-jutawan Luxor??!"
"LUAR BIASA BAIK!!!!"
Ya. Itu cerita tahun 2005-2006. Rupa-rupanya, Phytoscience lambat lebih kurang sepuluh tahun dalam menggunakan ayat keramat ini dalam bertanya dan menjawab khabar. Ya. Sepuluh tahun. Patutnya gunalah lagu "Apa Khabar" yang Joe Flizzow dan SonaOne nyanyi tu. Barulah 'up to date' kata mat saleh. Dan "jutawan-jutawan" Luxor tu tak ada pun jadi jutawan. Semua akhirnya melingkup. Dah masuk Kampus Gombak pun pakai motor lagi. Jutawan taik kucing!
Aku ingat lagi, punyalah 'hip' MLM waktu tu, terutamanya Luxor. Tiap-tiap malam Selasa ada perjumpaan kalau aku tak salah. Masa tu perjumpaan tu dibuat dekat Menara Luxor dekat PJ. Sekarang aku pun tak tahu Menara Luxor ni masih tersergam indah ataupun dah tukar nama. Pertengahan semester pertama dekat Matrik, ramai dah kena getah. Ini semua gara-gara kena 'brainwash' di Menara tersebut. Semua balik ke bilik dengan semangat berkobar-kobar nak suruh kawan satu dorm masuk juga.
Semua pergi pun bukan ada 'upline' yang "kutip". Tahan teksi, dan "tong" duit tambang nak sampai ke tempat tu. Upline ada Mercedes, BMW bukannya nak tolong. Ya. Kau tak payahlah menunjuk upline kau umur 24 pakai Porsche Carrera GT dengan Ferrari. Orang lain dah pakai skil tu tahun 2005. Upline kau tu baru tingkatan dua masa tu.
Tapi mujurlah aku ni budak AED. Banyak kerja. Ya. Sudahlah aku ni pemalas nak siapkan projek, ada hati kau nak ajak aku ke tempat macam tu. Lainlah kalau ajak aku 'fly' pergi 14 main snooker. Itu aku 'on'. Aku rasa, inilah antara penyebab aku 'extend' pengajian aku dekat Matrik jadi dua tahun.
Masa tu yang masuk ni semua bukan ada duit pun. Dapat seribu ringgit je wang ihsan KPT setiap semester. Tapi punyalah "selenge" sampai sanggup meminjam. Ni semua pasal upline dia ajar. Aku tahulah pasal ada brader tu ajar macam tu.
"Korang dapat duit seribu kan? Ko cari kawan ko dua orang. Ko pinjam duit diorang seribu sorang. Atau ko cari 4 orang, pinjam 500 sorang. Ikut ko lah macam mana. Nanti dah masuk, ko cari downline. Dapat dua downline, ko dah boleh setel hutang. Lepas tu, engko lah Jutawan Luxor!"
Menitik air mata aku bila fikir balik apa yang dia ajar ni.
Bangang mereka yang meminjam, bangang juga mereka yang sanggup memberi pinjam. Termasuklah aku. Sebenarnya aku beri pinjam pasal aku semak kena paksa masuk Luxor ni. Aku ingat lagi perbualan berkenaan kehidupan dan harapan tu.
"Kalau ko tak nak masuk tak apa, ko bagilah aku pakai duit ko, Pet. Ayah ko kan bagi duit belanja. Nanti aku dah dapat cari 'downline' aku bayarlah semula. Sekejap je ni. Bakal Jutawan Luxor!! Hehe," kata dia sambil tersengih memujuk aku.
Nak pinjam pun janji bayar dalam masa sebulan dua. Kau tahu berapa lama aku nak dapat semula duit aku? Semester ketiga ke semester empat dekat Matrik baru aku dapat. Celaka betul. Itu pun jenuh berbuih mulut aku minta, dah serupa pengemis pun ada.
Selain Luxor, banyak juga jenama MLM ni. Ada Sureco, Uptrend, Omegatrend dan segala jenis 'trend' lain yang memang 'trendy' pada tahun-tahun tersebut.
Punyalah hebat penangan MLM. Ada putus kawan. ada sampai bertumbuk pasal minta hutang. Ada yang buat tak tahu terus dengan hutang tu. Tapi, penghujungnya cuma satu je aku nak tanya.
"APA KHABAR JUTAWAN-JUTAWAN LUXORRRRRRRR???!!!! Dah pakai kereta jenama apa sekarang??!" - Siakapkeli.my
Dear admin, waktu tgh taip ni, ada iklan berunsur lucah GADIS MALAYA kt ats kotak komen ni. Nk skrin capture hp sy x leh buat just bleh britau je
BalasPadamLuar biasa baik...kikiki
BalasPadam